Farah Aliza Abd Aziz

TEKNOLOGI TERKINI DAN PEROLEHAN PENGETAHUAN DAN KEPENTINGAN DI DALAM NEGARA SEDANG MEMBANGUN

Home
About Me
ICT
Assignments
ICT In Educations
Contact Me
Leisure and Laugh

TEKNOLOGI TERKINI DAN PEROLEHAN PENGETAHUAN DAN KEPENTINGAN DI DALAM NEGARA SEDANG MEMBANGUN

 

Artikel ini mengulas mengenai perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan kesan-kesannya terhadap pendidikan dan sistem pembelajaran. Lebih khususnya, penekanan secara langsung terhadap perkembangan pendidikan bagi negara-negara sedang membangun. Perubahan dalam perkembangan teknologi turut mempengaruhi negara-negara sedang membangun melalui perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang canggih bagi tujuan pendidikan dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan bahan-bahan pengetahuan di kalangan pelajar.

 

Implikasi-implikasi Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

 

Implikasi-implikasi perkembangan Tekonologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara membangun dan juga negara-negara sedang membangun. Penulis artikel ini juga mengatakan bahawa terdapat empat (4) implikasi perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pertama, perkembangan infrastuktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang memberi peluang untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti politik, aktiviti kebudayaan, pengetahuan saintifik dan mempelajari cara yang interaktif untuk berkomunikasi melalui kemudahan yang disediakan. Dengan adanya perkongsian maklumat, penguna dapat membuat keputusan sendiri dalam perbandingan harga dan perkhidmatan sesuatu produk yang di tawarkan. Kedua, pertambahan kesan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan Faktor-faktor yang menghalang negara-negara kurang maju dalam pendekatan dan pendedahan teknologi berasaskan computer di sekolah-sekolah dan pendidikan tinggi ialah faktor kos, desakkan ke atas pemprosesan maklumat dan kekurangan sistem perhubungan. Faktor-faktor yang menghalang ini, tidak memberi kesan terhadap negara-negara maju untuk mengaplikasikan teknologi berasaskan computer. Peningkatan perkhidmatan pendidikan yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menyelia dan menyampaikan pembelajaran yang lebih menfokuskan kepada bidang sains dan teknologi. Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan tinggi mendatangkan kesan baik kepada pelajar-pelejar bagi mempermudahkan urusan pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar boleh dan hanya mempelajari melalui on-line serta mendapatkan sijil-sijil kelayakan menerusi Internet dan sistem perhubungan. Ketiga, perubahan pasaran tenaga kerja. Pelbagai struktur aspek perkembangan pekerjaan dalam pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan yang mempunyai ciri-ciri berbeza. Perolehan proses maklumat adalah asas dalam kehidupan (tiket-tiket penerbangan, pengurusan pembayaran) yang menjana permintaan pembelajaran baru untuk kemahiran berbahasa dan pengurusan maklumat. Keempat, perubahan cara pengetahuan dijana dan diperakui. Gibbons (1998) mengenal pasti dua (2) mod dalam penghasilan pengetahuan. Mod 1 telah mengklasifikasi tahap pengetahuan melalui susunan pentadbiran dalam kedudukan organisasi, perakuan pengetahuan oleh golongan komuniti yang professional tertentu khususnya bidang pengajian dan akademik. Mod 2 adalah berbeza. Aplikasi terhadap penghasilan pengetahuan, akan meyebabkan masalah yang timbul dari segi ekonomi dan sosial berbanding dengan masalah displin. Organisasi menyelaraskan semua tugasan berstruktur dengan menjalinkan kerjasama diantara kajian dan pembangunan kakitangan yang ditempatkan di dalam institusi yang berlainan mengikut cara / corak yang bersesuaian. Berdasarkan mod Gibbons, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) boleh diaplikasikan mengikut / melalui mod 2 yang mana lebih mudah untuk digunapakai.

 

Peluang-Peluang dan Kelebihan-Kelebihan yang Berkaitan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

 

Artikel ini juga, turut membincangkan mengenai peluang-peluang dan kelebihan-kelebihan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikas (ICT) yang turut dimuatkan di dalam jadual 1. Selain itu, sebahagian kelebihan-kelebihan yang paling ketara mengenai pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah:

1)       Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan penguna-penguna mendapatkan maklumat / informasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem maklumat global / informasi sejagat.

2)       Menukarkan mod perkhidmatan pembelajaran dan pendidikan

3)       Perhubungan dan interaksi di Internet mewujudkan persekitaran dan

4)        suasana pembelajaran yang berbeza.

5)       Mewujudkan interaksi antara pelajar dan guru mengikut kesesuaian dan keperluan pendidikan.

6)       Peningkatan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan untuk individu dan institusi dalam negara sedang membangun.

7)       Tidak terhad / terbatas dalam mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran.

8)       Memanafaatkan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam menghasilkan maklumat yang banyak untuk berkemahiran belajar, perkembang dalam pembelajaran, dan keutamaan pelajaran.

9)       Membolehkan untuk mendapatkan sijil-sijil kelayakan dan penilaian.

10)   Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk meningkatkan pentadbiran dan peruntukan bahan melalui sistem pencapaian untuk mengawasi dan menganalisis.

 

Syarat-syarat Penggantian

 

Peluang-peluang ini bergantung kepada pengekalan kos. Perkakasan, perisian dan perhubungan yang memadai perlu dan penting bagi infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikas (ICT) untuk mengenal pasti peluang-peluang yang wujud menjadi reality / kenyataan. Ketiga-tiga unsur ini perlulah disertakan bersama agar pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat dijalankan.

Kos perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menurun sejak komputer peribadi diperkenalkan. Artikel ini menyatakan terdapat empat (4) perkara berkaitan dengan penurunan kos perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

1)      Pengguna Industri elektrik mahir bagi mengekalkan harga bagi perkakasan dalam pasaran dunia, walaupun aliran sentiasa memperkenalkan lebih banyak tawaran dan ciri berkeupayaan tinggi.

2)      Susut nilai perkakasan.

3)      Peranti Teknologi Maklumat dan Kominikasi (ICT) memerlukan persekitaran yang bersesuaian dengan rekabentuk.

4)      Pengekalan perkakasan boleh dikurangkan kos melalui pesanan berbanding dengan harga pembelian.

 

Pembangunan perisian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memerlukan perisian yang berqualiti tinggi yang mana ia mempunyai kepelbagaian penggunaannya serta boleh di pasarkan secara meluas kepada pelanggan-pelanggan syarikat ternama. Infrastruktur perhubungan merupakan keperluan asas dalam melaksanakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Telefon adalah salah satu alat perhubungan  selain daripada Internet yang mana digunakan untuk penghantaran data-data.

 

Perbezaan antara Bahan untuk Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Pendidikan.

 

Penulis pada pertengah tahun 1990-an telah menyatakan bahawa terdapat perbezaan ekonomi yang ketara bagi Untung Bersih Kasar (GNP) antara negara kaya dengan negara miskin. Penulis telah membandingkan antara enam (6) negara iaitu Jepun, Korea, Malaysia, Sri Lanka, Zimbabwe dan Malawi. Antara ke enam-enam negara tersebut, Jepun merupakan negara yang paling banyak GNP berbanding dengan Korea, Malaysia, Sri Lanka, dan Zimbabwe. Manakala GNP paling rendah ialah negara Malawi. Secara keseluruhan dapatan GNP negara adalah bergantung kepada cukai-cukai dan pelaburan individu dalam pendidikan dan infrastruktur. Oleh itu, pendapatan yang tinggi membolehkan peluang-peluang wujud bagi perkhidmatan penggunaan yang telah disediakan. Hal yang demikan, mungkin tidak wujud bagi negara-negara miskin dimana pendapatan negara tidak mencukupi untuk menyokong sebarang bentuk perkembangan maklumat.  Perkakas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti talian perhubungan telefon dan komputer di kategorikan sebagai perkakas mahal / alat kelengkapan berharga.

Kerajaan memainkan peranan penting untuk membangunkan dan mengatur serta merancang negara agar berpeluang merasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Di dalam pendidikan formal, kerajaan telah melaburkan sebahagian GNP untuk menyokong perkembangan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT). Jumlah pelaburan kerajaan ini berbeza bagi negara kaya dan negara miskin. Di samping itu, pelaburan negara tidak hanya tertumpu kepada pendidikan formal sahaja, malahan turut di belanjakan untuk penyenggaraan, bahan-bahan, kelengkapan pembelajaran bukan berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara-negara kaya dapat melaksanakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berbanding dengan negara-negara sederhana dan miskin. Walaubagaimanapun, setiap jurang yang berlaku, sistem pendidikan masih lagi bergantung kepada pelaburan kerajaan dan individu.

 

Kesimpulan

 

Kesimpulan  yang di perolehi dari artikel ini adalah:-

1)      Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terkini dapat menukarkan maklumat dan perkhidmatan pendidikan serta menghasilan pengetahuan untuk dikongsi.

2)      Banyak negara-negara sedang membangun memperolehi infrastruktur yang memadai untuk mendapatkan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) / untuk turut serta dalam rangkaian / jaringan global.

3)      Untuk memanafaatkan peluang-peluang dan mendapatkan maklumat dalam pembelajaran dari Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi Negara kurang maju adalah terhad.

Farah Aliza